Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama

Iklan
Lim Hui Ying. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa. 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

Iklan
Iklan

RUU Kewangan 2025 yang dicadangkan ini bertujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).

RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 bertujuan mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).

Iklan

Kedua-dua RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. - Bernama

 

Iklan