Isu legasi tiga serangkai di Sabah tidak bersandar kepada manifesto semata-mata

Iklan
Dari kiri: Mohamed Razali, Samsiah dan Armizan

KOTA KINABALU - Isu tiga serangkai yang sering dibangkitkan bukan sekadar bergantung kepada manifesto semata-mata, sebaliknya ia telah pun melalui pelaksanaan daripada pelbagai projek penyelesaian masalah secara berterusan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi menegaskan usaha menangani isu berkenaan sudah pun berjalan dengan kemajuan nyata dapat dilihat di pelbagai lokasi.

Iklan
Iklan

“Tiga serangkai itu, jangan lihat pada manifesto sahaja. Sebelum manifesto lagi, sekurang-kurangnya tiga elemen itu, kita sudah buat banyak kemajuan, projek-projek untuk menyelesaikan masalah.

“Jadi, manifesto hanyalah salah satu komponen dalam keseluruhan isu yang kita tangani dan projek yang perlu dilaksanakan. Pada keadaan sekarang, kita tahu banyak yang telah dilaksanakan dan menjelang tahun depan, banyak yang akan siap,” katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, pelaksanaan projek itu bukan sekadar janji politik sebaliknya dapat dibuktikan melalui perkembangan kerja di lapangan.

“Ini bukan sekadar kata-kata, ia sedang dilaksanakan. Ia wujud, kamu boleh lihat, kamu boleh turun ke lapangan, ia sedang berlaku. Ia bukan berdasarkan retorik atau janji semata-mata,” ujarnya.

Iklan

Calon GRS di DUN Kukusan, Samsiah Usman mengakui isu gangguan air menjadi masalah yang dihadapi rakyat namun menegaskan bahawa partinya komited menyelesaikan masalah berkenaan sekiranya terus diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Isu air ini adalah isu negeri, jadi seperti mana yang dinyatakan, ia akan diselesaikan juga secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, usaha menangani isu tiga serangkai perlu dilihat dalam konteks kemampuan hasil negeri, bukan sekadar retorik politik.

“Dalam kita melaksanakan agenda pembangunan negeri dan menyelesaikan isu-isu legasi, isu-isu yang diwarisi, ramai yang menyebut tentang isu tiga serangkai hanya boleh diselesaikan dengan hasil pendapatan kita yang mampan, stabil dan juga kukuh.

“Kita tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan menjual retorik janji dan juga menabur sentimen kegagalan pihak lawan. Orang kata, kalau tiada peruntukan, jangan cerita.

“Kalau sebut mahu menyelesaikan masalah tetapi akhirnya pendapatan negeri pun tidak mencukupi untuk menampung penyelesaian itu, maka tidak akan berjaya apa juga usaha atau apa yang disebutkan,” katanya.