Lelaki curi pakaian dalam dicekup, polis berjaya selesai empat kes sejak Mei lalu

Iklan
Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian kecurian pakaian dalam di sekitar Mutiara Rini dan Gelang Patah pada Ahad. Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian kecurian pakaian dalam di sekitar Mutiara Rini dan Gelang Patah ditahan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, sebelum itu seorang lelaki membuatkan laporan polis pada Khamis berhubung kecurian pakaian dalam.

Iklan
Iklan

"Pengadu berusia 50 tahun memaklumkan pakaian dalam milik dirinya dan isteri yang dijemur di luar rumah telah dicuri pada jam lebih kurang 3.10 petang.

"Suspek mencuri pakaian dalam dari arah luar pagar yang dijemur di hadapan rumah.

Iklan

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota telah membuat tangkapan ke atas suspek pada kira-kira jam 6.30 petang, Ahad di kawasan Gelang Patah.

"Hasil semakan mendapati suspek berusia 31 tahun tidak mempunyai rekod lampau dan saringan awal air kencingnya didapati negatif dadah," katanya lagi.

Iklan

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai dicuri, antaranya 52 pasang baju dalam wanita, 12 pasang seluar dalam wanita, dua pasang seluar dalam lelaki, serta satu penyangkut pakaian berwarna hijau.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian pakaian dalam yang berlaku sejak Mei lalu.

"Suspek kini direman empat hari bermula Isnin mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,"ujarnya.