Topuria 'menguap' tonton UFC 322

Iklan
Topuria (kanan) berkata dia mampu 'menidurkan' Islam menerusi satu tumbukan. FOTO: Agensi

JUARA dunia lightweight UFC, Ilia Topuria mengkritik kemenangan Islam Makhachev ke atas Jack Della Maddalena dalam pertarungan utama UFC 322 bagi merebut kejuaraan welterweight pada Ahad.

Topuria menyifatkan persembahan bintang Dagestan itu sebagai paling membosankan dalam sukan tempur.

Iklan
Iklan

Petarung Georgia itu sebelum ini melepaskan gelaran featherweight, semata-mata mahu mencabar Islam di kelas lightweight.

Sebaliknya, Islam memutuskan untuk beralih ke divisyen welterweight kerana mendakwa sudah tiada petarung yang mampu mencabarnya di kelas lightweight.

Iklan

“Saya boleh terlelap setiap kali menonton Islam bertarung.

“Mungkin petarung lain amat payah menumbangkannya tetapi bukan saya.

Iklan

“Saya percaya boleh 'tidurkan' Islam dengan tumbukan knock out (KO),” katanya.

Dalam pada itu, Topuria amat kecewa dengan persembahan Della Maddalena yang sepatutnya tampil lebih agresif memandangkan statusnya sebagai juara dunia welterweight.

“Jack perlukan satu kem latihan khas hanya untuk memperhalusi teknik bergusti.

“Dia patut datang ke Georgia untuk belajar sesuatu,” ujar Topuria

Sebelum ini, Topuria menggelar Islam sebagai pengecut kerana 'lari' ke divisyen welterweight.

Kemenangan di UFC 322 menyaksikan Islam muncul petarung ke-11 meraih gelaran di dua divisyen berbeza di UFC selepas mempertahankan kejuaraan lightweight sebanyak empat kali.