Di mana Harini, hilang sejak Rabu

Iklan
Harini dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas.

REMBAU - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas di sini, malam Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan M Harini daripada bapanya sehari selepasnya tidak pulang ke rumah.

Iklan
Iklan

“Ketika terakhir dilihat, remaja ini memakai baju t-shirt berwarna merah, baju sejuk berwarna hitam, seluar panjang berwarna hitam dan kasut sukan berwarna putih.

"Dia mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berketinggian 150 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit kuning langsat serta berambut hitam lurus paras pinggang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999 atau Balai Polis Pedas (06-6851223) atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Noor Azillah Johari di talian 011-10164737.

 

Iklan