KOTA KINABALU - Pembentukan awan lentikular yang menyerupai cakera atau berbentuk leper mencuri perhatian orang ramai apabila ia kelihatan jelas di ruang udara Kota Kinabalu, pagi Ahad.
Kebiasaannya, fenomena awan seperti itu hanya dapat dilihat di kawasan berhampiran Gunung Kinabalu, namun sekitar jam 8.40 pagi, formasi tersebut dikesan berada lebih rendah dan kelihatan dari kawasan bandar raya.