Pejuang tidak bertanding PRN Sabah - SPR

Iklan
SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November.

KOTA KINABALU - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan ralat pada Sabtu memaklumkan jumlah calon bertanding mewakili Parti Perjuangan Rakyat (PR) pada PRN ke-17 adalah seramai enam orang dan bukannya lima.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon memaklumkan seorang calon Pejuang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan iaitu Lasius Miki.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan