Gempa bumi sederhana landa Pulau Talaud, Indonesia

Iklan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada Sabtu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 1.33 tengah hari Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 33 kilometer di timur Kepulauan Talaud.

Iklan
Iklan

"Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

Iklan
Iklan