3,954 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus tiga perempat Disember ini

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga perempat bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2026 Pulau Pinang pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian itu melibatkan seramai 3,954 penjawat awam dan bayaran akan dibuat pada Disember ini.

"Sebagai apresiasi kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, sukacita saya umumkan BKK sebanyak 0.75 bulan bulan gaji dengan bayaran minimun RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri," katanya.

Iklan

Selain itu, Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, BKK sebanyak RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) selain guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

"Pembayaran itu melibatkan 3,358 orang akan turut menerima imbuhan sebanyak RM300 secara one-off.

Iklan

"BKK dan bayaran secara one-off ini bakal melibatkan unjuran implikasi kewangan sebanyak RM11.49 juta," ujarnya.