Telco caj pelindungan scam: MCMC diarah dapatkan penjelasan lanjut

Iklan
Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat telekomunikasi (telco) yang dilapor mengenakan caj RM10 sebulan untuk perkhidmatan perlindungan scam atau penipuan.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut bagi mendapatkan gambaran dan membuat penelitian terhadap dakwaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya belum meneliti laporan berkenaan. Sama ada wajar atau tidak (dikenakan caj RM10), kita hendak tahu dahulu apa yang dimaksudkan," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kewajaran tindakan syarikat telco yang mengenakan caj terbabit bagi perkhidmatan perlindungan daripada scam.

Iklan

Perkhidmatan terbaharu syarikat telco berkenaan telah menimbulkan kritikan pelbagai pihak yang berpendapat bahawa keselamatan pelanggan sepatutnya menjadi tanggungjawab asas penyedia khidmat itu, bukannya dimanipulasi sebagai sumber keuntungan baharu.

Presiden Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (JASANUSA), Samsudin Awang turut berpendapat tindakan telco mengenakan caj RM10 sebulan untuk perkhidmatan perlindungan scam adalah tidak munasabah dan mencabuli hak pengguna serta mahu mengambil kesempatan terhadap rakyat yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup.

Iklan