Pertahan sejarah kegemilangan Klang

Iklan
Dalam sejarah moden, Klang menjadi ibu negeri Selangor dari tahun 1875 hingga 1880, sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur. Foto hiasan

KALAU ikut carian di internet sejarah bandar Klang sudah bermula seawal abad ke-14 sebagai sebahagian daripada jajahan takluk Sri Vijaya dan Majapahit.

Nama asal Klang daripada perkataan Mon-Khymer 'Klong' yang bermaksud gudang.

Iklan
Iklan

Klang kemudian berkembang menjadi pusat perdagangan penting di bawah Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Tahun-tahun selepas itu telah tercatat pelbagai sejarah kegemilangan dengan menjadi pusat perniagaan dan perdagangan.

Iklan

Dalam sejarah moden, Klang menjadi ibu negeri Selangor dari tahun 1875 hingga 1880, sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Klang dipilih sebagai pusat pentadbiran di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Shah, dan pada tahun 1903, beliau berpindah dari Jugra dan menjadikan Klang sebagai lokasi istana dirajanya, Istana Mahkota Puri, yang kini menjadi tapak Istana Alam Shah.

Iklan

Perasmian Masjid Diraja Sultan Suleiman pada 23 Jun 1933 menandakan Klang sebagai Bandar Diraja dan pada tahun 2024, statusnya dinaik taraf kepada Bandaraya Diraja Klang.

Jadi dengan keunikan Klang, Merak Jalanan harap ia akan terus menjadi sebuah bandaraya yang hebat dan gah.

Kita harap supaya semua pihak berusaha menjadikan Klang sebuah tempat yang kita impikan dan bebas daripada sebarang perkara yang tidak elok.

Mungkin ada beberapa kejadian yang berlaku di bandaraya ini hanyalah sekadar persepsi tidak baik dan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Namun, usaha hendak menjaga Klang ini adalah tanggungjawab banyak pihak bermula daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, polis dan juga rakyat.

Kalau tidak ada kerjasama dengan pihak berkepentingan, maka hasrat ini tidak tercapai dan sejarah kegemilangan Klang akan pudar ditelan zaman.