Sinar Harian rangkul tiga Anugerah Media PERKESO 2025 I LINDUNG U

Iklan
Dari kiri: Muhammad Afham, Mohd Ridzuan dan Nur Zilatulnaim bergambar dengan anugerah yang diterima sempena Anugerah Media PERKESO I Lindung U 2025. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Akhbar berbahasa Melayu nombor satu, Sinar Harian merangkul Anugerah Media PERKESO 2025 I LINDUNG U bagi kategori Laporan Media Digital Terbaik, Laporan Media Cetak Terbaik dan Podcast Terbaik.

Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan memenangi tempat pertama bagi kategori Laporan Media Digital Terbaik manakala tempat kedua untuk Laporan Media Cetak Terbaik jatuh kepada wartawan jenayah, Muhammad Afham Ramli.

Iklan
Iklan

Tempat ketiga bagi kategori Podcast Terbaik diberikan kepada Nur Zilatulnaim Zulkafli dari portal gaya hidup dan hiburan, Sinar Plus.

Mohd Ridzuan berkata, ini merupakan kali pertama Sinar Harian menghantar bahan pencalonan untuk kategori media digital terbaik memandangkan hab utama penyampaian berita adalah melalui akhbar.

Iklan

Menurut beliau, fokus ke arah pendigitalan menunjukkan bahawa Sinar Harian selaku jenama akhbar berbahasa Melayu semakin berevolusi dari sudut penyampaian maklumat dan bidang kewartawanan.

“Akhbar adalah akar dan digital pula dahannya, saling memerlukan antara satu sama lain. Pada masa akan datang, kita lihat ke mana arah dedaun pohon itu pula.

Iklan

Dari kiri: Muhammad Afham, Mohd Ridzuan dan Nur Zilatulnaim bergambar dengan anugerah yang diterima sempena Anugerah Media PERKESO I Lindung U 2025. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

“Ini bermakna Sinar Harian akan terus menyampaikan berita yang berkualiti dan berintegriti buat masyarakat melalui platform media sosial serta digital tanpa meninggalkan bahan utama dalam surat khabar.

“Menerusi pengiktirafan ini, kami akan terus mempergiatkan usaha dan menggembleng tenaga wartawan kami yang berkemahiran untuk mencari bahan berita berkualiti tinggi,” katanya kepada pemberita di Anugerah Media PERKESO 2025 I LINDUNG U di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada Khamis.

Pemenang pertama membawa pulang RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000, masing-masing turut menerima trofi serta sijil penghargaan daripada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Majlis bertemakan ‘PERKESO Selamanya Melindungimu’ itu diadakan bagi mengiktiraf pejuang di sebalik naskhah dan terbitan yang bertungkus lumus menyampaikan maklumat penting mengenai perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat.

Sumbangan pengamal media bukan sekadar menyampaikan berita, malah memberi impak yang mendalam dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan sosial di bawah naungan PERKESO.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan bagi mengiktiraf karya berimpak tinggi yang diterbitkan antara 15 Jun 2024 hingga 31 Ogos 2025.

Majlis yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal, Datin Alyah serta Ezad Lazim.