Tiga individu terperangkap arus deras di Sungai Pisang

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap akibat arus deras di seberang Sungai Pinang, pada Khamis.

SELAYANG – Tiga individu dilaporkan terperangkap di seberang Sungai Pisang di sini akibat arus deras susulan hujan lebat pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 3.43 petang.

Iklan
Iklan
Terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 32 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, setibanya pasukan di lokasi pada jam 4.09 petang, pihaknya mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.

Iklan
Tiga individu dilaporkan terperangkap di seberang Sungai Pisang akibat arus deras susulan hujan lebat pada Khamis.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan," ujarnya.

 

Iklan