KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melengkapkan keseluruhan 55 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dengan mengumumkan baki empat calon terakhir pada Khamis.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman itu menutup senarai penuh calon GRS bagi PRN17, merangkumi gabungan pemimpin berpengalaman serta calon baharu.