Langkah berani rehatkan Salah bantu kebangkitan Liverpool

Iklan
Salah

BEKAS pemain Liverpool, Steve Nicol menggesa pengendali The Reds, Arne Slot supaya merehatkan penyerang utama, Mohamed Salah selepas prestasinya dilihat semakin merudum musim ini.

Menurut Nicol, Salah kini berada pada tahap di mana pasukan tidak lagi mampu ‘menanggung’ persembahan hambar bintang Mesir itu yang gagal memberikan impak besar di atas padang.

Iklan
Iklan

“Dia sudah sampai ke tahap di mana pasukan tidak boleh menampung prestasinya lagi.

“Satu-satunya cara untuk bangkit adalah dengan merehatkannya di bangku simpanan, beri dia peluang melihat permainan dari perspektif berbeza,” katanya.

Iklan

Liverpool tewas 0-3 kepada Manchester City hujung minggu lalu yang menjadi kekalahan kelima mereka musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan itu juga menyaksikan juara bertahan itu jatuh ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, empat mata di belakang City dan lapan mata daripada pendahulu, Arsenal.

Iklan

Salah, hanya menjaringkan lima gol dalam 16 penampilan musim ini, jauh daripada prestasi konsistennya sebelum ini.

“Apa gunanya mengekalkannya jika dia tidak memberi apa-apa sumbangan? Lebih baik Slot mencari alternatif sekarang. Jangan tunggu keajaiban berlaku.

“Sudah tiba masanya Slot mengambil tindakan proaktif, bukan sekadar berharap Salah akan kembali menjadi ‘Raja Mesir’ seperti dahulu," katanya.