KOTA BHARU - Seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang dipercayai menyertai perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini pada Selasa direman empat hari.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap semua suspek berusia antara 26 hingga 67 tahun, bermula Rabu hingga Sabtu, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.