KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa gabungan itu akan bertanding di 55 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Bagaimanapun, dalam majlis pengumuman beliau hanya mengumumkan 51 calon pada majlis berkenaan, manakala baki empat calon lagi akan diumumkan esok.
"Calon-calon bagi GRS telahpun kita umumkan, hanya tinggal empat lagi kawasan yang saya akan umumkan esok. Jadi calon-calon ini adalah gabungan mereka yang berpengalaman dan orang-orang muda, 35 peratus adalah muka baharu.
"Jadi saya yakin calon-calon yang kita tampilkan ini adalah mereka yang boleh menang dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.
Ditanya mengapa pengumuman empat lagi kerusi dibuat kemudian, beliau menjelaskan bahawa ia tidak melibatkan sebarang isu, sebaliknya calon berkenaan tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
"Ada yang tidak sempat datang. Itu tiada isu," katanya ringkas.
Sehubungan itu, beliau berharap semua penyokong GRS dan parti komponennya bekerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan semua calon yang ditampilkan.
"Ini GRS saja, kita tidak mengira apa parti, kita kira sebagai GRS. Bendera yang sama, GRS," katanya.
Sebelum itu, Hajiji yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini.
Senarai GRS
1. N01 Banggi - Datuk Mohamad Mohamarin
2. N02 Bengkoka - Dr Samuil Mopun
3. N03 Pitas - Datuk Seri Ruddy Awah
4. N04 Tanjong Kapor - Datuk Ben Chong Chen Bin
5. N05 Matunggong - Datuk Julita Majungki
6. N06 Bandau - Datuk Redonah Bahanda
7. N07 Tandek - Datuk Hendrus Anding
8. N08 Pintasan - Tan Sri Pandikar Amin Mulia
9. N09 Tempasuk - Datuk Mohd Arsad Bistari
10. N10 Usukan - Datuk Japlin Akim
11. N11 Kadamaian - Mudezam Muyau
12. N12 Sulaman - Datuk Seri Hajiji Noor
13. N13 Pantai Dalit - Datuk Jasnih Daya
14. N14 Tamparuli - belum umum
15. N15 Kiulu - Datuk Joniston Bangkuai
16. N16 Karambunai - Datuk Arshad Idris
17. N17 Darau - Datuk Mohd Razali Razi
18. N24 Tanjung Keramat - Shah Alfie Yahya
19. N26 Moyog - Joeynwood Bansin
20. N27 Limbahau - Datuk Juil Nuatim
21. N28 Kawang - Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar
22. N29 Pantai Manis - Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir Petra
23. N30 Bongawan - Tan Sri Anifah Aman
24. N31 Membakut - Datuk Mohd Ariffin Arif
25. N32 Klias - Datuk Isnin Aliasnih
26. N33 Kuala Penyu - Datuk Limus Jury
27. N34 Lumadan - Datuk Ruslan Muharam
28. N36 Kundasang - Datuk Dr Joachim Gunsalam
29. N37 Karanaan - Datuk Seri Masidi Manjun
30. N38 Paginatan - Datuk Abidin Madingkir
31. N39 Tambunan - Datuk Victor Paut
32. N40 Bingkor - belum umum
33. N41 Liawan - Datuk Annuar Ayub Aman
34. N43 Kemabong - Datuk Rubin Balang
35. N44 Tulid - Belum umum
36. N45 Sook - Datuk Ellron Angin
37. N46 Nabawan - Datuk Abdul Ghani Yasin
38. N47 Telupid - Datuk Jonybone J Kurum
39. N48 Sugut - Datuk James Ratib
40. N49 Labuk - Datuk Samad Jamri
41. N51 Sungai Manila - Hazem Mubarak Musa
42. N52 Sungai Sibuga - Datuk Amirshah Yaakub
43. N53 Sekong - Puan Sri Diana Diego @ Yusrina Sufiana
44. N57 Kuamut - Datuk Masiung Banah
45. N58 Lamag - Johainizamshah Johari
46. N59 Sukau - Datuk Juhari Janan
47. N60 Tungku - Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan
48. N62 Silam - Datuk Mizma Apehdullah
49. N63 Kunak - Datuk Norazlinah Arif
50. N65 Senallang - Datuk Marunda KK. Ampong
51. N66 Bugaya - Noordin Abdul Hussin
52. N67 Balung - Syed Ahmad Syed Abas
53. N68 Apas - Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
54. N70 Kukusan - Belum umum
55. N71 Tanjung Batu - Dr Andi Md Shamsureezal