Suasana sebak iringi jenazah Cikgu E

Iklan
Nasrul Hakeem (dua, kanan) mengimamkan solat jenazah bapanya, Cikgu E (gambar kecil) di hadapan ribuan jemaah yang hadir di Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.

IPOH – Pejuang kanser, Allahyarham Nassry Mardee Ismail, 45, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini pada Selasa.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan apabila beberapa individu yang hadir tidak dapat menahan sebak ketika bacaan talkin dilafazkan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Masjid Al-Ansar di Bandar Meru Raya, Ipoh dibanjiri ribuan jemaah yang hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Nassry Mardee atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, yang dilaksanakan selepas solat Isyak.

Orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Cikgu E di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini pada Selasa.

Iklan

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh anak sulung Allahyarham, Nasrul Hakeem Nassry Mardee Ismail, 19, dan turut disertai ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham.

Sejurus selesai urusan di masjid kira-kira jam 8.45 malam, jenazah Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya untuk disemadikan.

Iklan

Media sebelum ini pernah melaporkan kisah perjuangan Nassry Mardee yang berdepan dengan kanser buah pinggang, kanser kelenjar, dan kanser paru-paru tahap empat sejak Mac 2024.

Orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Cikgu E di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini pada Selasa.

Meskipun hanya mempunyai kira-kira 30 peratus fungsi saluran pernafasan, Allahyarham tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar menjalani rawatan double immunotherapy yang menelan kos tinggi.

Bapa kepada lima orang anak berusia antara lapan hingga 19 tahun itu sebelum ini memerlukan dana kira-kira RM200,000 bagi menampung kos rawatan selepas perlindungan takaful sedia ada didapati tidak mencukupi.