BMW disaman di Belanda atas dakwaan penipuan ujian pelepasan diesel

Iklan
Dianggarkan kira-kira 100,000 kereta diesel BMW yang dijual di Belanda antara 1 Januari 2009 dan 1 September 2019 terjejas oleh isu itu. Foto hiasan

THE HAGUE - Pengeluar kereta Jerman, BMW, telah disaman oleh Persatuan Pengguna Belanda (Consumentenbond) dan Yayasan Car Claim kerana didakwa menggunakan perisian bagi menampakkan kereta diesel keluarannya lebih mesra alam berbanding keadaan sebenar, lapor Xinhua pada Isnin, memetik jurucakap Consumentenbond, Joyce Donat.

Beberapa siasatan yang dijalankan oleh organisasi di Belanda serta di Jerman, Perancis dan Britain mendapati kenderaan diesel itu dilengkapi dengan peranti yang secara tiruan mengurangkan pelepasan nitrogen oksida semasa ujian kelulusan rasmi. Namun, dalam keadaan pemanduan sebenar, kenderaan itu mengeluarkan paras pencemaran yang jauh lebih tinggi.

Iklan
Iklan

Dianggarkan kira-kira 100,000 kereta diesel BMW yang dijual di Belanda antara 1 Januari 2009 dan 1 September 2019 terjejas oleh isu itu.

"Kami mahu BMW memberi pampasan kepada pengguna yang telah mereka perdayakan,” kata Pengarah Consumentenbond, Sandra Molenaar.

Iklan
Iklan

Yayasan Car Claim, sebuah organisasi bukan untung, turut menggesa BMW memanggil semula kenderaan terjejas dan memastikan ia mematuhi piawaian pelepasan dalam keadaan pemanduan sebenar. - Bernama