Trump ugut saman BBC, tuntut ganti rugi AS$1 bilion

Iklan
Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap British Broadcasting Corporation (BBC) berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa telah menjejaskan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.

BBC, melalui dokumentari berjudul Panorama: Trump – A Second Chance?, didakwa menyunting ucapan Donald Trump pada 6 Januari 2021 dengan memotong bahagian yang menyeru supaya perarakan dijalankan secara aman dan patriotik.

Iklan
Iklan

Ucapan itu merujuk kepada insiden serangan ke atas Bangunan Capitol di Washington, yang berlaku selepas Trump mengadakan perhimpunan besar bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020.

Ketika itu, beliau berulang kali mendakwa berlaku penipuan undi, walaupun dakwaan tersebut tidak disokong bukti kukuh.

Iklan

Menurut Trump, suntingan berkenaan menimbulkan tanggapan seolah-olah beliau menghasut penyokong untuk bertindak ganas, sekali gus mencetuskan kontroversi menjelang pilihan raya presiden 2024.

Dalam surat yang dihantar oleh peguamnya, Alejandro Brito, Trump menuntut agar dokumentari itu ditarik balik sebelum 14 November serta pampasan tidak kurang daripada AS$1 bilion atas dakwaan kerosakan reputasi dan kewangan.

Iklan

Pengerusi BBC, Samir Shah, dalam kenyataan pada Isnin mengakui berlaku kekhilafan pertimbangan dan memohon maaf.

Susulan kontroversi itu, dua pegawai kanan BBC — Ketua Pengarah Tim Davie dan Ketua Berita Deborah Turness — meletak jawatan.

Trump yang menyambut baik peletakan jawatan kedua-dua pegawai BBC tersebut berkata suntingan dibuat bertujuan menjejaskan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.

BBC memaklumkan mereka telah menerima surat tuntutan berkenaan dan akan memberikan maklum balas secara langsung dalam masa terdekat. - Awani