Hujan lebat, ribut petir hampir di seluruh negara - MetMalaysia
Iklan
Sebahagian besar kawasan di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga sekitar 7 malam ini.
PETALING JAYA – Sebahagian besar kawasan di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga sekitar 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan terkininya, MetMalaysia memaklumkan bahawa Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka menerima hujan berterusan dengan aktiviti ribut petir yang meluas.
Iklan
Iklan
Di utara Semenanjung, hujan turut dijangka membadai kawasan di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak terjejas di Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, Pahang dijangka hujan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Iklan
Selangor pula menerima amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta Sepang, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi Negeri Sembilan, ribut petir diramalkan di Jelebu dan Seremban, manakala Johor dijangka terjejas di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Iklan
Di Sarawak, antara kawasan yang berisiko mengalami hujan lebat ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) serta Limbang (Limbang).
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang, selain mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui portal dan media sosial rasmi MetMalaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Network School Forest City: Pas kemuka usul tergempar di Dewan Rakyat"><meta itemprop="description" content="Pas akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung projek Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan terhadap aspek kedaulatan negara, keselamatan data dan dakwaan kaitan projek itu dengan individu atau entiti yang dikaitkan dengan Israel.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, usul berkenaan telah dirangka oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi dan akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787773/berita/nasional/network-school-forest-city-pas-kemuka-usul-tergempar-di-dewan-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #isunetworkschool #Pas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-14T09:14:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P206S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xap4gnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xap4gnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xap4gnu"></script>