KOTA BHARU - Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Bunga hasil maklumat orang awam pada kira-kira jam 8 malam.