Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac depan - MetMalaysia

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 8 negeri dalam tempoh jam 11 malam ini hingga 3 pagi esokMonsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

Iklan
Iklan

"Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko

kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat sepanjang monsun dengan sentiasa memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline 1-300-22-1638. - Bernama