Resipi nostalgia jadi bisnes baharu
Iklan
Norazilah menunjukkan agar-agar kering yang dijemur di bawah terik matahari dan mengambil masa lama untuk kering sepenuhnya.
KUALA SELANGOR - Bermula sekadar percubaan dua bulan lalu, kini produk tradisional agar-agar kering hasil tangan Norazilah Abd Aziz, 53, semakin mendapat sambutan luar biasa.
Menurut usahawan itu, pencuci mulut berwarna-warni yang pernah popular suatu ketika dahulu kini kembali mendapat tempat dalam kalangan pelanggan termasuk pelancong tempatan yang gemar mencari kuih tradisional lama sebagai cenderamata.