Kereta terbalik, wanita maut tersepit

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.04 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan maklumat itu,sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi kemalangan dengan jaraknya 30 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong pada Ahad. FOTO JBPM PAHANG

Iklan

"Ketika tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas dan terbalik dengan tiga mangsa terlibat.

"Pasukan bomba segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat bagaimapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya.

Iklan

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

" Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans," ujarnya.