Pengawal peribadi maut, motosikal rempuh belakang lori

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan.

REMBAU - Seorang pengawal peribadi maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 236 (arah selatan) Lebuhraya PLUS, berhampiran Senawang–Ayer Keroh dalam kejadian pagi Sabtu.

Mangsa, Muhammad Arif Azri, 23, yang beralamat di Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk bercuti.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha NVX ditunggangi mangsa dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori jenis Mitsubishi di lorong kiri.

Iklan

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

 

Iklan

Keadaan lori yang terlibat kemalangan.

Menurut Hasani, pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan sementara mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian.