Israel lancar serangan udara ke atas Gaza, langgar gencatan senjata

Iklan
Sebuah jentolak tentera Israel merobohkan sebuah rumah milik keluarga Palestin di kampung Qatanna, Tebing Barat yang diduduki. Foto AFP

GAZA - Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandaraya Gaza dan Khan Younis pada awal pagi Sabtu dalam satu lagi pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber tempatan berkata, pesawat berkenaan menyasarkan kawasan timur Bandaraya Gaza serta kawasan timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, tanpa sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Serangan itu berlaku serentak dengan tembakan artileri Israel di timur Khan Younis.

Sementara itu, tentera Israel terus merobohkan bangunan kediaman dan struktur lain di timur Bandaraya Gaza.

Iklan

Serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 mengakibatkan kira-kira 69,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 170,000 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Bernama-WAFA

 

Iklan