SIK - Seorang penoreh getah ditemukan maut dekat sebatang pokok rambutan di belakang rumahnya dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi di sebuah kampung di sini pada Sabtu.
Kejadian disedari isteri mangsa yang baru pulang, sebelum menemui lelaki berusia 65 tahun itu di lokasi yang berjarak lebih kurang 10 meter dari rumah, dalam keadaan tidak sedarkan diri
Difahamkan, mangsa telah mengalami kemurungan sejak lebih kurang sebulan lalu sehingga menjadikannya kurang bercakap.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Safuan Md Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut bersama pihak Hospital Sik mendapati tiada kesan jenayah pada badan mangsa namun siasatan lanjut akan dijalankan berhubung kejadian.
Menurut Safuan, mayat dihantar ke Hospital Sik untuk proses bedah siasat.