Kepragmatisme Perjanjian ART
Iklan
Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen perjanjian perdagangan yang ditandatangani ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober lalu.
SETELAH Perjanjian Perdagangan Tindak Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) diumumkan, ramai yang menganggapnya sebagai perjanjian yang berat sebelah, terlalu lunak terhadap kepentingan AS dan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang sukar.
Ada yang mempersoalkan mengapa Malaysia perlu menurunkan tarif import kepada 19 peratus daripada 25 peratus sebelumnya, sambil membuka pasaran tempatan kepada lebih 11,000 produk buatan AS untuk menikmati penghapusan atau pengurangan tarif secara berperingkat.