PDRM siap sedia hadapi PRN Sabah, Monsun Timur Laut

Iklan
Mohd Khalid (kiri) menghadiri Program Selawat Dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi penugasan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah turut mengambil kira fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai lebih 9,000 pegawai dan anggota polis yang ditugaskan bagi pilihan raya itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku disebabkan faktor cuaca.

Iklan
Iklan

“Seperti mana semua sedia maklum MTL juga dijangka melanda jadi persiapan juga kita buat bagi memastikan sekiranya berlaku hujan ataupun ribut semasa pilihan raya sedang berlangsung.

“Kita akan menghadapi hari penting iaitu penamaan calon pada 15 November ini. Insya- ALLAH kita akan buat persiapan yang terbaik,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Selawat Dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 November dan tarikh pengundian awal pada 25 November.

Iklan

Sementara itu, dalam ucapan Fadil berkata program berkenaan adalah satu inisiatif Polis Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan masyarakat bagi menyemai dan meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

"Mengambil penghayatan daripada sirah baginda dan menjadikan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai panduan utama dalam aspek kehidupan dapat meningkatkan kecintaan kita kepadanya,” katanya.