Alami detik manis 11.11 bersama Lazada

Iklan

KUALA LUMPUR – Setiap kali November menjelma, ada satu perkara yang membuatkan rakyat Malaysia teruja iaitu musim membeli-belah paling besar tahun ini.

Troli maya mula penuh, pelbagai laman eDagang dibuka serentak dan semua menunggu detik kiraan menuju 11.11.

Iklan
Iklan

Tahun ini, Lazada Malaysia tampil dengan sesuatu yang lebih istimewa melalui kempen ‘11.11 Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini’.

Bukan sekadar jualan harga rendah, tetapi pengalaman membeli-belah yang lebih tulen, pintar dan penuh keyakinan.

Iklan

Membeli-belah jadi gaya hidup

Pembelian dalam talian kini bukan lagi sekadar urusan harian, namun ia sudah menjadi gaya hidup dan cara rakyat Malaysia mengekspresikan diri.

Iklan

Menurut laporan Momentum Works, nilai keseluruhan eDagang di Asia Tenggara mencecah USD128.4 bilion pada 2024, meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malaysia pula muncul sebagai negara dengan pertumbuhan tertinggi, meningkat 19.5 peratus.

Pada Ogos lalu, Bernama melaporkan jumlah perbelanjaan dalam talian negara mencapai RM625 bilion hanya dalam separuh pertama 2025, iaitu naik RM13.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dengan kadar penembusan internet sebanyak 98 peratus, tidak hairanlah rakyat Malaysia kini antara pengguna paling aktif dan berhubung di Asia.

Melihat perkembangan itu, Lazada mahu menjadi platform yang bukan sekadar tempat membeli, tetapi ruang di mana pengguna mendapat nilai sebenar, jenama dipercayai dan perlindungan jujur, sambil menikmati inovasi pintar yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi.

Jenama dipercayai, jaminan dihargai

Melalui Jualan Mega 11.11, Lazada menghubungkan pengguna dengan jutaan jenama antarabangsa dan tempatan, sekali gus meneguhkan kedudukan LazMall sebagai destinasi utama bagi mereka yang mencari produk tulen dan nilai unggul.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin, Lazada sedang membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif, di mana setiap penjual samada besar atau kecil mempunyai peluang dan infrastruktur untuk berkembang.

“Ia berasaskan kepercayaan dua hala antara jenama, penjual dan pelanggan. Untuk 11.11 kali ini, kami ingin menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menikmati yang terbaik daripada kedua-dua dunia ini iaitu kualiti dan keyakinan,” katanya.

Setiap produk di LazMall dilengkapi tanda pengesahan rasmi, jaminan ketulenan, waranti jelas, serta pilihan pemulangan mudah, termasuk Polisi Tukar Fikiran (Change-of-Mind) di mana berkenaan.

Malah, Lazada turut menawarkan bayaran balik sehingga lima kali ganda jika produk yang dibeli di LazMall didapati tiruan; menjadikannya antara perlindungan pengguna paling kukuh di Asia Tenggara.

Jelas Ketua Operasi Am Lazada Malaysia, Kevin Yap, trend promosi harga murah semata-mata kini semakin kehilangan tarikan.

“Pengguna kini lebih bijak dan menilai aspek keaslian, kebolehpercayaan serta polisi yang adil.

“Sebab itu, Lazada menumpukan kepada tadbir urus jenama, inovasi AI dan jaminan kualiti bagi membina kepercayaan jangka panjang,” katanya.

AI Lazzie: Kawan baharu ketika membeli-belah

Dalam dunia digital hari ini, teknologi bukan sekadar alat tetapi ia sudah menjadi teman yang memahami keperluan pengguna.

Di Lazada, kecerdasan buatan (AI) diberi wajah mesra melalui AI Lazzie iaitu rakan beli-belah maya yang membantu pengguna mencari produk sesuai dengan gaya hidup, membuat perbandingan pantas dan membeli dengan lebih yakin.

Dikuasakan oleh model bahasa besar Qwen dari Alibaba, AI Lazzie telah membuktikan kehebatannya.

Dalam kempen 9.9 lalu, ia membantu meningkatkan pesanan sebanyak 36 peratus dan interaksi pembeli sebanyak 34 peratus, bukti bahawa rakyat Malaysia semakin menghargai pengalaman membeli-belah yang bijak dan mudah.

Menjelang 11.11, Lazada memperkenalkan pula lima ejen AI pintar yang bekerja bersama untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih lancar dan menyenangkan:

- AI Lazzie (Ejen Beli-belah): Membantu pengguna mencari produk dan membuat pembelian dengan yakin.

- Ejen Pemulangan (Refund Agent): Mempercepatkan proses pemulangan dan perkhidmatan selepas jualan.

- Ejen Logistik (Logistics Agent): Memberi kemas kini masa nyata mengenai penghantaran.

- Ejen Penyenaraian Produk (Product Listing Agent): Memastikan halaman produk lebih teratur dan jelas.

- Ejen Pemasaran (Marketing Agent): Menyesuaikan tawaran mengikut citarasa dan tabiat pembelian pelanggan.

Gabungan ini menjadikan AI bukan sekadar sistem di belakang tabir, tetapi co-pilot pintar yang memastikan setiap pembelian lebih lancar, selamat dan memuaskan.

Detik paling manis

Bagi Lazada, tumpuan utama tahun ini adalah untuk memastikan setiap pembelian menjadi satu pengalaman yang meyakinkan.

Di LazMall, setiap produk dijamin tulen, setiap transaksi dilindungi dan setiap cadangan dipacu oleh teknologi inovatif yang direka khas untuk pengguna Malaysia.

Apabila 11.11 tiba, pembeli akan menikmati gabungan keaslian, keselamatan dan kecerdasan digital yang menjadikan setiap ringgit dibelanjakan lebih berbaloi.

Ini kerana bagi Lazada, detik paling manis bukan sekadar tentang berapa banyak anda jimat tetapi tentang keyakinan yang anda rasai setiap kali membeli.