Zara Qairina minta maaf tulis surat mengandungi 'body shaming' - Saksi

Iklan
Joan (kiri) bersama rakan sepasukannya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan menulis surat mengandungi kata-kata 'body shaming' terhadap seorang pelajar lain.

Perkara itu didedahkan saksi ke-40 yang juga kanak-kanak ke-31 yang memberi keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Peguam, Joan Gog berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Dua dan tidak mengenali Zara Qairina dengan rapat.

"Saksi hanya pernah berjumpa dengan Zara sekali sahaja iaitu pada hujung bulan April lalu, sekitar jam 10 malam kerana Zara mahu berjumpa dengan rakan saksi dan mereka telah berjumpa di dorm pelajar tersebut (rakan saksi).

Iklan

"Semasa pertemuan itu, Zara telah meminta maaf kepada pelajar tersebut kerana telah menulis surat yang mengandungi kata-kata 'body shaming' terhadap pelajar itu.

"Pada masa itu juga, dua pelajar Tingkatan Empat yang saksi kenali masuk ke dalam bilik tersebut dan salah seorang daripada mereka kemudian bertanya kepada pelajar tersebut mengapa Zara meminta maaf dan dia menjawab kerana surat yang ditulis oleh Zara dan rakannya. Selepas itu, Zara dan rakannya dinasihati supaya tidak mengulangi perbuatan mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabaludi sini.

Iklan

Joan berkata, saksi memaklumkan tidak lama kemudian, kakaknya lalu di hadapan bilik dan bertanya kepadanya mengenai apa yang berlaku.

"Saksi memaklumkan mengenai surat tersebut, dan kakak saksi kemudian berkata, 'kau ni ah kalau aku touch kau ni habis kau'.

"Namun, pada ketika itu kakak saksi tidak menyentuh Zara mahupun rakannya. Selepas itu, pelajar-pelajar Tingkatan Empat membawa keluar kakak saksi untuk menenangkannya dan meminta mereka semua beredar.

"Mereka kemudian kembali ke bilik masing-masing. Itu kali terakhir saksi berjumpa dengan Zara.

"Semasa kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik, terdapat juga rakan-rakan saksi yang lain yang menyaksikan dan mendengar kejadian itu," katanya.

Joan dan rakan sepasukannya Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.