Tiada 'scam' guna nama masjid di Kelantan - MAIK

Iklan
MAIK belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan usaha ke arah itu wujud.