Tujuh terperangkap runtuhan struktur loji janakuasa di Korea Selatan

Iklan
Sebuah ambulans membawa mangsa yang diselamatkan dari runtuhan menara dandang setinggi 60 meter di Korea East-West Power Corporation di bandar Ulsan, timur daya Korea Selatan. Foto AFP

KOREA SELATAN – Sekurang-kurangnya tujuh individu dilaporkan terperangkap selepas struktur loji janakuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan, menurut agensi kebangsaan negara itu.

Runtuhan itu berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan di ibu pejabat Korea East-West Power di bandar Ulsan.

Iklan
Iklan

Agensi Bomba Kebangsaan berkata, dua individu berjaya diselamatkan.

"Sekurang-kurangnya tujuh lagi dipercayai masih terperangkap dan belum ditemui.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan," ujarnya.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok mengarahkan semua kementerian untuk menggerakkan kakitangan dan peralatan yang ada dengan keutamaan tertinggi diberikan kepada operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.

Iklan

Sementara itu, menurut Pejabat Perdana Menteri, penduduk di kawasan berdekatan juga sedang dipindahkan.

Berdasarkan laporan, kemalangan itu berlaku ketika kerja-kerja persiapan untuk merobohkan loji janakuasa terma yang sudah tidak beroperasi lagi.