PENYOKONG Selangor FC (SFC) mengamuk selepas skuad Gergasi Merah kecundang 3-2 kepada Persib Bandung dalam aksi Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kejadian bermula selepas tamat perlawanan apabila ada segelintir penyokong Selangor yang masuk ke dalam padang untuk meluahkan rasa kecewa mereka, namun sempat dihalang oleh pasukan keselamatan.