Peniaga wakaf lebih RM60,000 tanda kasih terakhir buat arwah isteri
Iklan
Mansor (dua dari kanan) menyerahkan harta peninggalan arwah isteri untuk diwakafkan melalui Baitulmal MAINS.
KUALA PILAH – Seorang peniaga sanggup mewakafkan harta peninggalan isteri bernilai lebih RM60,000 sebagai tanda kasih kepada arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober lalu.
Mansor @ Razali Zamzam, 63, berkata, arwah isterinya, Rohaya Abd Hassan, 59, menghadiahkan harta berupa barang kemas dan wang sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya sepanjang lebih dua tahun menghidap kanser.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mengambil harta peninggalan itu, sebaliknya memberikan infak kepada golongan memerlukan melalui serahan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
“Masa dia sakit, arwah tanya mana emas dia. Saya tunjukkan dan dia kata nak bagi pada saya sebab saya jaga dia lama. Tapi saya tak nak, saya tanya boleh tak kalau saya infakkan semua emas dan duit itu. Dia pun setuju.
Iklan
Gambar kenangan Mansor bersama arwah isteri.
“Jadi, itu perjanjian saya dengan dia semasa dia masih hidup. Bila dia dah tiada, saya kena tunaikan amanah itu sebagai amal jariah berpanjangan buat arwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Pada Rabu, Mansor menyampaikan wakaf bernilai RM60,380 hasil penjualan emas dan wang peninggalan isterinya dalam tempoh seminggu selepas arwah meninggal dunia.
Katanya, arwah disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2018 sebelum penyakit itu merebak ke buah pinggang.
Tambahnya, keputusan untuk menginfakkan harta itu dibuat bagi menyegerakan amanah isteri dan mengelak wang tersebut disalah guna.
“Saya bersyukur sebab ALLAH SWT gerakkan hati saya awal. Takut kalau saya lambat, duit itu pergi tempat lain. Dah ada orang datang nak pinjam pun.
"Bila pegang duit banyak, takut juga nanti bila sunyi, terfikir nak cari teman pula. Jadi, lebih baik saya selesaikan segera.
“Kami tiada anak, hanya jaga seorang anak angkat. Jadi, saya fikir lebih baik sedekah atas nama arwah. Duit banyak pun tak guna, dulu saya kerja pun untuk isteri. Bila dia dah tak ada, untuk siapa lagi saya nak cari duit,” katanya sebak.
Emas peninggalan arwaf isteri diwakafkan sepenuhnya sebagai jariah berpanjangan buat arwah isteri.
Mansor menambah, hatinya tenang selepas menunaikan amanah arwah isterinya yang menjadi teman hidupnya selama 36 tahun itu.
“Bila amanah arwah dah saya tunaikan, saya rasa lega. Itu tanda kasih sayang terakhir saya untuk dia.
“Duit yang ada biarlah cukup untuk makan minum, kalau ada lebih, kita sedekah. Simpan sikit untuk kecemasan,” katanya mengakhiri perbualan.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.