Lelaki ditemukan maut di tangga rumah kedai disyaki dibunuh

Iklan
Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan maut disyaki dibunuh di tangga rumah kedai di Puchong Jaya - Gambar hiasan. Muhamad Farid (Gambar kecil)

SERDANG - Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan maut disyaki dibunuh di tangga sebuah rumah kedai di Puchong Jaya, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang bekerja di negara ini menyewa bilik di rumah kedai berkenaan dan mayatnya ditemukan orang awam kira-kira jam 8.30 malam sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

Iklan

Anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seekor anjing pengesan dilihat turut berada di lokasi bagi membantu siasatan dan menguruskan mayat berkenaan. - Bernama

 

Iklan