KPM perkenal subjek Alam dan Manusia

Iklan
KPM menjelaskan mata pelajaran Alam dan Manusia yang akan diperkenalkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan mata pelajaran Alam dan Manusia yang akan diperkenalkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027menggabung jalinan pelbagai disiplin ilmu iaitu sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital.

Menerusi hantaran di laman Facebook, KPM memaklumkan subjek yang akan diperkenalkan untuk murid Tahap 1 itu bakal menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada selain dilaksanakan menerusi kaedah pengajaran berpasukan.

Iklan
Iklan

"Pengajaran berpasukan menyokong elemen pelbagai disiplin ilmu dalam mata pelajaran ini (yang mana) guru saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid,"katanya pada Khamis.

Pada Tahap I, tumpuan utama diberi kepada penguasaan literasi dan numerasi (3M) serta pembentukan karakter.

Iklan

"Justeru, jumlah mata pelajaran yang diajar adalah minimum bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas," jelas KPM.

Subjek Alam dan Manusia pernah diperkenalkan pada 1982 di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Iklan

Bagaimanapun pada 1994, subjek itu digantikan dengan gabungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).