Taufan Kalmaegi dikesan 405km dari Sabah - MetMalaysia

Iklan
Taufan Kalmaegi menyebabkan seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah di Filipna terjejas.

KUALA LUMPUR - Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini (Rabu) taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194km/j.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan cedera.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina. - Bernama

Iklan