KLANG - Berita baik buat kaki shopping dan usahawan borong! Pusat Borong GM Klang kini melanjutkan waktu operasi mereka hingga 10 malam setiap hari, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Langkah ini sekaligus memberi lebih banyak ruang dan masa kepada pengunjung serta peniaga untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih santai dan menyeronokkan, khususnya pada waktu malam.
Menurut pengumuman rasmi pihak pengurusan GM Klang, pelbagai aktiviti malam menarik bakal dianjurkan bagi memeriahkan suasana di pusat borong terbesar di Malaysia itu.
“Jangan lepaskan peluang untuk datang merasai sendiri suasana malam di GM Klang.
“Ikuti kami di media sosial rasmi untuk maklumat terkini mengenai aktiviti dan promosi istimewa yang bakal berlangsung,” katanya dalam kenyataan di laman media sosial rasmi GM Klang.
Antara aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung merasai pengalaman penuh kemeriahan adalah:
1. Night Crazy Deals – Promosi eksklusif bermula jam 7 malam setiap hari;
2. Monthly Lucky Night Draw: Shop & Win untuk menang cabutan bertuah bulanan dengan hadiah utama seperti motosikal, mesin basuh dan pengering, serta TV pintar 55”.
3. Rioooh Malam Sabtu – Siri acara mingguan bertema yang menawarkan hiburan dan pengalaman unik setiap hujung minggu.
Dengan suasana yang lebih meriah dan fleksibel, GM Klang dijangka menjadi destinasi pilihan utama bukan sahaja untuk pemborong, malah seisi keluarga yang ingin beriadah sambil membeli-belah pada waktu malam.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini melalui akaun rasmi di Instagram, TikTok dan Facebook.