KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sentiasa berada di sisi beliau.
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkongsi gambar beliau berjalan dengan diiringi isterinya, Dr Wan Azizah.
Iklan
Iklan
“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah,” tulisnya ringkas yang turut meletakkan emoji love.
Hantaran itu disertakan tanda pagar #tulangrusuk, menggambarkan Wan Azizah melengkapi hidup beliau selama puluhan tahun.
Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan mengalami masalah belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas sehingga memaksa beliau membatalkan lawatannya ke Pahang atas nasihat pegawai perubatan.