Sering muat naik gambar di Facebook, suami belasah isteri

Iklan
Seorang lelaki di Ogan Ilir, Sumatera Selatan, ditahan pihak polis selepas menyerang isterinya dipercayai akibat rasa cemburu. Foto: Agensi

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 53 tahun di Ogan Ilir, Sumatera Selatan, ditahan pihak polis selepas menyerang isterinya yang berusia 51 tahun, dipercayai akibat rasa cemburu terhadap aktiviti isterinya yang kerap memuat naik foto di Facebook.

Insiden berlaku pada 30 Oktober di Pemulutan Selatan apabila suspek menyoal isterinya mengenai keaktifannya di media sosial.

Iklan
Iklan

Mangsa tidak memberi jawapan, menyebabkan suspek cuba merampas telefon bimbit isterinya.

Pertengkaran itu bertukar menjadi keganasan fizikal, di mana mangsa dipukul berulang kali pada kepala dan wajah sehingga mengalami lebam.

Iklan

Mangsa segera membuat laporan polis, dan suspek ditangkap di kediamannya tanpa sebarang perlawanan.

Menurut pihak polis, suspek mengakui bahawa rasa cemburu dan curiga terhadap tabiat isterinya memuat naik foto di Facebook menjadi punca emosi dia meletup dan menyebabkan berlakunya keganasan.

Iklan

Suspek kini didakwa di bawah Seksyen 44 Undang-Undang No. 23 Tahun 2004 mengenai Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT), dengan ancaman hukuman maksimum sehingga 15 tahun penjara.

Mangsa sedang menjalani rawatan pemulihan akibat lebam di kepala dan wajah, serta menerima sokongan psikologi untuk mengatasi trauma selepas insiden itu.-Agensi