Gempa bumi lemah landa Jementah, gegaran dirasai di Segamat

Iklan
Menurut MetMalaysia, gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

SEGAMAT - Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Jementah di sini pada jam 7.55 malam, Isnin.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

“Pusat gempa dikenal pasti pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat,” katanya dalam kenyataan.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.

Iklan

Menurut rekod, gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).

Sementara di Batu Pahat pula dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud dilaporkan berlaku pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.

Iklan