Dua maut, seorang parah nahas tiga kenderaan

Iklan
Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng wanita cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang, Sarikei.

SARIKEI - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng wanita cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang, Sarikei, kira-kira jam 10 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata Louis Asey, 58, dan Nyaring Achang, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Sarikei.

Iklan
Iklan

"Sementara itu, seorang wanita berusia 58 tahun yang membonceng salah satu motosikal mengalami kecederaan parah pada kaki dan kepala, dan telah dikejarkan ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Inokom Atos iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun, dari arah Jakar menuju ke Sare, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua motosikal dari arah berlawanan.

Iklan

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 084-652 222 sambungan 279. - Bernama