Premis perniagaan disyaki port pelacuran diserbu

Iklan
Premis disyaki menjalankan kegiatan pelacuran diserbu dalam Ops Air Noda yang dijalankan secara mengejut pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Kegiatan pelacuran disyaki berselindung di sebalik premis perniagaan sekitar daerah ini diserbu dalam Ops Air Noda yang dijalankan secara mengejut pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi itu melaksanakan tindakan pemotongan bekalan air mengikut Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan membanteras perniagaan tidak bermoral berkenaan biarpun tindakan amaran dan serbuan telah dilakukan berkali-kali.

"Sebelum ini, tangkapan terhadap individu terlibat telah dibuat dan mereka juga sudah didakwa di mahkamah, namun kegiatan sama dilihat tetap berjalan.

Iklan

"Susulan itu, tindakan tegas dilaksanakan sebagai langkah banteras kegiatan pelacuran daripada terus beroperasi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi dijalankan secara bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Iklan

Dalam serbuan itu, tiga premis sekitar Taman Sejati, Taman Ria Jaya

dan Pekan Baru yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran menjadi sasaran pemotongan bekalan air dalam operasi khas terbabit.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain bagi memastikan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang dapat dibanteras sepenuhnya.

Beliau berkata, orang ramai turut diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pelacuran atau aktiviti mencurigakan melalui talian hotline IPD Kuala Muda di 04-4299222 atau menghubungi balai polis berhampiran.