Kejadian tikaman dalam kereta api di UK: 9 parah, 2 ditahan

Iklan
Polis UK telah menahan dua suspek manakala sebahagian penumpang dibawa ke hospital selepas kejadian menikam di dalam kereta api di Cambridgeshire, timur England.- Foto: AFP

LONDON - Seramai 10 orang kini sedang dirawat di beberapa hospital di Britain termasuk sembilan yang cedera parah selepas serangan tikaman di dalam kereta api dari Doncaster ke London King’s Cross lewat Sabtu malam.

Menurut Anadolu Ajansi, dua individu ditahan selepas beberapa mangsa ditikam dalam kejadian di dalam kereta api berkenaan.

Iklan
Iklan

Polis Pengangkutan Britain memaklumkan yang pegawai unit antikeganasan sedang membantu siasatan bagi menentukan keadaan serta motif di sebalik serangan.

Saksi kejadian memberitahu BBC, seorang lelaki dengan lengan berlumuran darah dilihat berlari melalui gerabak sambil menjerit,"Mereka ada pisau,” manakala seorang lagi saksi melaporkan melihat polis menggunakan senjata renjat terhadap seorang lelaki di platform.

Iklan

Perdana Menteri, Keir Starmer menyifatkan serangan sebagai"amat membimbangkan” dan menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

"Saya amat prihatin dengan semua yang terkesan dan saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya di X.

Iklan

Menteri Dalam Negeri, Shabana Mahmood berkata, beliau"amat sedih” mengenai insiden tikaman itu.

Saya meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi pada peringkat awal ini,” katanya di X. - Bernama