Jenazah mangsa tembak di Sungai Golok selamat dikebumikan di Pasir Mas

Iklan
Wan Fatihah tidak dapat menahan rasa sebak sepanjang urusan pengebumian suaminya.

PASIR MAS - Jenazah Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra di sini jam 2.30 petang Ahad.

Isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kelihatan tidak dapat menahan kesedihan sepanjang proses pengebumian.

Iklan
Iklan

Wan Fatihah kelihatan beberapa kali mengusap kandungannya yang dijangkakan lahir pada 10 Disember ini, tarikh sama ulang tahun kelahiran suaminya.

Turut kelihatan ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, yang hadir bersama ahli keluarga lain.

Iklan

Jenazah Allahyarham Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam, Apam Putra di Pasir Mas pada petang Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Iklan

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Menurut ibunya, Zaiton, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah kira-kira jam 9 malam.