Ketua Polis Kuala Lumpur cipta sejarah sertai Ironman Langkawi

Iklan
Fadil mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya Ketua Polis Negeri yang menyertai Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025.

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya Ketua Polis Negeri yang menyertai kejohanan sukan lasak Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 yang berlangsung di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyertaan Fadil, yang turut mengetuai pasukan seramai 18 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melambangkan semangat juang tinggi pasukan.

Iklan
Iklan

"Penyertaan beliau mempamerkan ketahanan fizikal dan mental warga pasukan keselamatan.

"Ia turut menjadi simbol ketahanan fizikal dan mental warga polis dalam menghadapi cabaran ekstrem,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Penyertaan pegawai dan anggota PDRM mempamerkan ketahanan fizikal dan mental warga pasukan keselamatan.

Kejohanan berprestij ini dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin di Pantai Kok, Langkawi.

Iklan

Dalam acara tersebut, pasukan PDRM turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih tempat kedua bagi kategori Relay, manakala bagi kategori Ironman 70.3, Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi menamatkan saingan di tempat ketiga.

Fadil mengetuai pasukan seramai 18 pegawai dan anggota PDRM menyertai kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025.

Menurut kenyataan itu lagi, penyertaan berkenaan turut mengangkat imej PDRM.

"Ia turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan berdaya tahan tinggi," katanya.