Tiga lelaki ditahan kes penemuan mayat wanita tak berpakaian, tangan terikat

Iklan
Mayat mangsa ditemui berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan, Serdang pada Rabu lalu.

SERDANG - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, permohonan reman terhadap tiga suspek berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun akan dibuat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa pula telah dikenal pasti oleh waris terdekat iaitu adik kandung mangsa semasa sebelum bedah siasat dijalankan.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Dalam kejadian pada Rabu, pihak polis menerima laporan kira-kira jam 3.45 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat mangsa dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian.

Mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut warna perang melepasi bahu, berkuku panjang selain memakai subang perak di kedua-dua telinga.

Iklan

Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222.