Pahang catat pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia

Iklan
Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun lepas dengan kadar 4.9 peratus.

KUANTAN - Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun lepas dengan kadar 4.9 peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang dalam memperkukuh daya saing ekonomi negeri.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, negeri Pahang telah mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia bagi tahun lalu dengan kadar 4.9 peratus, mengatasi purata kadar pertumbuhan negara sebanyak 2.4 peratus.

"Pencapaian ini didorong oleh prestasi memberangsangkan sektor pembinaan yang merekodkan pertumbuhan 15.9 peratus, diikuti sektor pertanian 12.8 peratus dan sektor perkhidmatan 1.4 peratus," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Jumaat.

Iklan

Jelasnya, kerajaan negeri juga memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui pembangunan sektor-sektor strategik.

"Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, demi merealisasikan hasrat menjadikan Pahang sebagai negeri maju, makmur dan berdaya tahan selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri," jelasnya lagi.

Iklan